Tuesday, June 1, 2010

INFO: ANTIOKSIDA


Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan

KONSEP kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan hari ini.

Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.


Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.


Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.

Bagaimanapun sebagai pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan makanan yang mengandungi antioksida.

Hasil kajian saintifik juga menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang bermanfaat untuk awet muda.

INFO: ANTIOKSIDA

  • Amat penting bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya, antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.
  • Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.
  • Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.
  • Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya.
Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :

* Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
* Melancarkan perjalanan darah
* Menghalang pembengkakan dan keradangan
* Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
* Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah

ANTARA BUAH BUAHAN YANG MENGANDUNGI ANTI OKSIDAN YANG TINGGI ADALAH

KIWI KAYA ANTIOKSIDA
Buah kiwi yang juga dikenali sebagai ‘Chinese Gooseberry’ ditemui oleh ahli Botani Eropah, Robert Fortune pada 1845 di Tze Valley, China. Dari aspek kesihatan, kiwi merupakan salah satu buah yang tinggi nilai gizinya. Selain sebagai sumber vitamin C dan kalium, kiwi yang berwarna hijau mengandungi fitokimia klorofil, enzim ‘actinidin’ dan antioksida. Jus kiwi dapat menghalang pembentukan ‘nitrosamine’ dari nitrat di dalam makanan. Ia juga disebabkan oleh adanya vitamin C dan fitokimia di dalam buah tersebut. Nilai gizi kiwi per 100 gm: kalori (42), serat (1.6), kalium (250) dan vitamin C (51).


Jus oren
MASYARAKAT kini tidak hanya berpuas hati dengan minuman oren biasa, sebaliknya mencari khasiat tambahan dalam minuman seharian mereka.
Antioksidan dan kalsium antara kebaikan tambahan seperti diketengahkan rangkaian jus oren baru, Tropicana Juice Plus CalciumBoost dan Tropicana Juice Plus AntioxidantBoost.
Kedua-duanya diperbuat daripada jus oren semula jadi yang ditambah dengan kalsium atau antioksidan, dihasilkan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat Malaysia terhadap produk yang menepati keperluan kesihatan dan kesejahteraan.
"Masyarakat Malaysia hari ini semakin mementingkan kesihatan justeru, jus berkenaan adalah pilihan untuk mereka yang sibuk bagi memenuhi keperluan untuk kekal sihat," kata Pengurus Pemasaran Permanis Sdn Bhd (Permanis), Hemalatha Ragavan.
Tulang dan gigi yang kuat sememangnya perlukan jumlah kalsium mencukupi.

Pengambilan bijian penuh
Bijian penuh mengekalkan semua tiga bahagian bijian serta sumber serat, karbohidrat, protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium dan magnesium yang baik.
Ia juga kaya dengan antioksidan dan bahan tumbuhan semula jadi yang membantu mengekalkan kesihatan yang baik.
Ciri bijian penuh ialah tanpa kolesterol, rendah lemak serta lemak tepu dan secara semula jadi tanpa lemak trans.
Beberapa kebaikan bijian penuh termasuk membantu menangani berat badan dan mengawal kegemukan. Pengambilannya juga membantu mengurangkan risiko penyakit kencing manis jenis-2, melindungi daripada kanser kolon, melindungi daripada strok dan penyakit jantung, mengekalkan pergerakan usus serta mengurangkan kolesterol dan tekanan darah.

Tomato
Tomato buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya?
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.
Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Delima Cerahkan Kulit
Ekstrak buah-buahan biasanya digunakan dalam industri kesihatan dan penjagaan kulit kerana buah-buahan kaya dengan vitamin. Sebagai contoh, buah delima yang ada digunakan dalam rawatan kosmetik kerana kaya dengan vitamin dan kandungan terapeutik.
Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, buah ini telah dibawa ke China oleh Disnasti Han kira-kira 100 tahun Sebelum Masihi. Ia telah digunakan sejak berabad yang lalu sebagai bahan perubatan tradisional.
Buah yang berasal dari Timur Tengah ini dalam bahasa Perancis dipanggil pomegranate yang bermakna epal yang berbiji banyak. Ia mengandungi efek ekstrogenik, mengurangkan gangguan menopos dan mencegah kanser reproduksi.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa buah delima mengandungi bahan anti-oksidan (flavonoids) yang merangsang pengeluaran elastin dan kolagen sihat. Anti-oksidan diperlukan bagi meneutralkan dan melindungi sel kulit daripada kerosakan selular yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas memusnahkan komponen selular penting yang menyebabkan sel kulit dihasilkan semula dan menyebabkan kulit nampak berusia dan kusam.
Buah delima mengandungi kandungan aktif yang merupakan agen pencerah kulit yang berkesan. Ia dapat mengenali bahagian yang berpigmentasi dan menghentikan komunikasi di antara sel bagi menghasilkan melanin.
Berbeza dengan agen pencerah yang lain seperti asid askorbik, buah delima mengurangkan jumlah DOPA-positif melanocytes di dalam epidermis kulit yang menghadapi radang ultraungu (UV).
Buah delima juga mempunyai keupayaan bagi memperbaiki tahap kekeringan dan menjadikannya sebagai bahan aktif yang ideal bagi rawatan muka sama ada untuk tujuan mencerah, menyeri, melembap dan anti penuaan.


KOPI
Salah satu hasil kajian yang dijalankan sejak lima tahun lalu mendedahkan pengambilan kopi menawarkan manfaat kepada pesakit parkinson dan diabetes jenis II. Malah kajian oleh penyelidik di Sekolah Kesihatan Awam Harvard turut menyenaraikan fakta tentang melindungi seseorang daripada penuaan yang menjadi satu lagi nilai tambah kelebihan kopi.
Faktor tersebut didorong oleh beberapa perkara terutamanya kandungan kafein di dalam kopi, selain fungsi antioksida yang tinggi dalam bijian ini. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi, contohnya mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg.
Menurut penyelidik nutrisi, Michael Leitzmann, hasil kajian mendapati kumpulan responden yang mengambil minuman kopi secara teratur dalam tempoh kajian selama lima tahun mendapati kurang 80 peratus risiko daripada mereka diserang parkinson.
Selain itu, hasil kajian gabungan dari beberapa pusat penyelidikan seperti Universiti Scranton, Universiti Athens dan Universiti Keio, Tokyo merumuskan kopi berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi dan menjadi antioksida mengurangkan risiko kanser, sakit jantung dan strok.
Profesor kimia dari Texas, Dr. Joe Vinson pula menjelaskan, antioksida yang dimiliki kopi berfungsi seperti ¡®tentera¡¯ yang menjadi perisai tubuh daripada radikal bebas.
Manusia terdedah kepada radikal bebas daripada oksigen yang disedut, gula dan sebagainya sehingga mengundang pelbagai penyakit kronik. Antioksida membantu mengurangkan kemungkinan serangan kanser, jantung dan strok, katanya. Atas manfaat itu, Dr. Vinson mencadangkan kepada orang ramai agar menikmati secawan kopi sehari.
Secawan sudah cukup. Ia adalah satu jumlah yang sudah optimum untuk memberi manfaat kepada jantung, katanya yang turut mengakui terdapat kajian yang menyatakan kopi baik untuk kesuburan lelaki, selain menggalakkan sperma berenang lebih aktif.
Namun, katanya, dalam beberapa penelitian, kopi tidak digalakkan diambil oleh kalangan wanita mengandung dalam kuantiti yang besar.

* Hospital Christchurch, New Zealand, menyatakan wanita hamil yang mengambil kopi terlalu kerap melahirkan bayi yang sukar bernafas ketika dilahirkan.
* Manakala, kajian dari Institut Karolinska, Sweden, menyatakan wanita yang mengambil 100 mg kafein sehari mudah berisiko mengalami keguguran, kata Vinson

MINYAK BIJI ANGGUR
Biji anggur mengandungi Oligometric Proantho Cyanidin atau OPC yang merupakan bahan antioksida dan unsur semulajadi yang penting.Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid.Di samping itu, OPC amat kaya dengan protein terutamanya kolagen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu.
Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C.Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak di dapati di dalam biji anggur.Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna.
Antara khasiatnya ialah:-

(1) mengandungi vitamin A,C,E yang tinggi
(2) menurunkan kolestrol
(3) Antikanser
(4) Antioksidan
(5) Antibakteria
(6) menaikkan HDL, baik untuk jantung


Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, elakkan makan buah tomato kerana buah tomato mengandungi makanan kaya asid oksalik.

* sumber dari laman web kesihatan dan forum.

0 comments:

Post a Comment