Sunday, August 15, 2010

Kanser Testis

0 comments
1) Epidemiologi:
Onkologi Perubatan telah membuat banyak kemajuan dalam bidang kanser testis pada tahun-tahun kebelakangan ini, kebanyakan kes penyakit ini dapat diubati pada masa kini. Kanser testis dikelaskan kepada 2 kategori: kanser seminoma dan kanser bukan seminoma.

1) kanser seminomas bekomposisi sebanyak 35% kanser testis dewasa. Frekuensi meningkat mengikut umur selepas remaja, peringkat kemuncaknya ialah antara umur 30-40. Kanser ini bertidak balas baik dengan radioterapi dan kemoterapi.

2) kanser bukan seminomas (55% dari kes penyakit ini) lebih kerap berlaku pada pemuda lelaki, purata umur 31, pada masa mereka agak aktif dalam kegiatan seks. Kanser ini bertidak balas baik terhadap kemoterapi.

Kadang-kadang, kanser testis merupakan konbinasi kedua-dua jenis seminomas dan bukan seminomas. Lebih kurang 10 000 orang lelaki akan diseksa setiap tahun di Amerika Syarikat. Ini adah jenis kanser yang paling umum berlaku pada lelaki muda antara umur 20 to 25 dan 1% daripada kesemua kanser lelaki.

2) Diagnosa:
Risikonya:
- testis yang tidak menurun,
- pembentukan testis yang tidak normal;
- lebih umum pada bangsa putih jika dibanding dengan bangsa berkulit hitam;
- kromosom seks yang tidak teratur (Klinefelter syndrome).
Tanda-tanda:
- Pembesaran testis yang tidak sakit;
- diikuti dengan kesakitan pada testis; ketul intra-testikular yang tidak sakit; pembesaran skrotum;
- kesakitan pada bahagian bawah abdomen.
Diagnosa:
kebanyakan lelaki dengan sendirinya mampu mengesan kanser testis bila mendapati keanehan dalam testis mereka.
- Pemeriksaan klinikal;
- Petanda tumor: AFP , BHCG; CEA , CA 19-9, CA125. AFP dan BHCG menunjukkan peningkatan dalam 80% kes-
kes bukan seminomas. Tahap yang sangat tinggi (melebihi 10 000 ng/ml untuk AFP, 50 000mUI/ml untuk BHCG)
adalah petanda yang kurang baik.
- Radiologi: abdomen dan tomodensitometri dada.
- Ultrasound, Doppler warna.
- Biopsi, untuk mengenal pasti jenis tumor dan peringkatnya.

3) Rawatan:
Kemajuan di dalam bidang perawatan kanser ini membolehkan pesakit membuat pilihan rawatan jenis mana yang akan memberikan kesan sampingan yang paling minima, ia dapat dibahagikan kepada 2 peringkat:
- Fasa pertama: mengurangkan kesan toksik semasa rawatan dan risiko steril;
- dan kemudiannya mengurangkan risiko kembali semula kanser ini kepada tahap minima.
- rawatan susulan klinikal dan biologikal adalah mencukupi;
- Surgeri: pembuangan testis: ini adalah "orchiectomy"; tidak mampu melakukan hubungan seks.
- Radioterapi secara setempat; penghasilan sperma dipengaruhi tetapi kesuburan akan pulih semula selepas
beberapa bulan (dalam kebanyakan kes).
- Kemoterapi: Kemunculan polikemoterapi kini mampu menyembuhkan lebih dari 90% pesakit ini.
Pemuda lelaki yang mengidap kanser testis perlu ingat yang rawatan ini mungkin mengakibatkan ketidaksuburan dan doktor perlu merujuk mereka kepada 'sperm bank'.

4) Rawatan susulan:
sering mengawasi:
- Ujian klinikal;
- Radiologi: tomodensitometri;
- Biologi: mengukur peringkat petanda tumor.
Radiasi dan kemoterapi boleh menyebabkan kesan sampingan yang rumit pada usus, buah pinggang dan tulang.
Kebanyakan kes yang mengalami kembali semula kanser ini (80%) perlu diperhatikan dalam masa 2 tahun. Pesakit dianggap sembuh bila tiada kesan kanser dalam masa 5 tahun.

Pencegahan:
Pemeriksaan klinikal yang kerap, pemeriksaan sendiri; menjalakan ujian petanda tumor.


Petanda tumor yang disebut di atas adalah sebahagian daripada ujian Biomarkers C12; anda dinasihatkan menjalani ujian ini sekali setiap tahun

Sunday, August 8, 2010

info TEH

0 comments
Teh

Teh Krisantemum
Sesuai untuk mereka yang ingin berjaga hingga larut malam atau mengulangkaji pelajaran

Teh Wu Loong
Bagi mereka yang memerkan tenaga yang lebbih, khususnya untuk bersenam. Ia juga sesuai
bagi mereka yang mengambil hidangan daging setiap hari

Teh Hijau
Sesuai bagi mereka yang mengembara dengan basikal atau bekerja di tempat yang penuh
dengan pencemaran

Teh Madu
Sesuai bagi mereka yang mengalami sembelit dan cirit birit

Teh Wu Loong atau Teh Hijau
Sesuai bgi mereka yang mengalami paras kolestrol dan tekanan darah yang tinggi. B agi mereka yang
bekerja di hadapan komputer setiap hari, minumlah sekurang kurangnya secawan teh sehari. Teh ini juga
mampu mengembalikan tenaga yang letih.

Teh Putih
Menurut kajian makmal yang dilakukan oleh Oregon State Universti, Teh putih mengandungi lebih banyak
antioksidan berbanding teh hijau dan jenis teh yang lainnya. Teh putih adalah bentuk teh yang khas
dimana daun dan putiknya tidak diproses tetapi di wap dan dikeringkan . Rasanya lebih ringan dan sedikit manis.
Teh putih kaya dengan polifenol untuk membunuh pertumbuhan bekteria dan mencegah jangkitan. Walaupun belum dibuktikan

Teh Ceylon
1. Kajian menunjukkn bagi mereka yang mengalami masalh jantung minum sekurang kurangnya
empat cawan teh Ceylon dalam jangka masa sebulan mampu membaiki aliran darah dalm tubuh .
2. Ia bantu mengurangkan risiko diserang kanser kerana ia tinggi dengan antioksidan.
Bahan antioksidan ini membantu mencegah proses oksidasi yang mampu merosakkn sel
DNA. Bahan antioksidan seperti flavonoid yang membantu mengurangkan kadar kolestrol
dalam darah yang sering membuatkan saluran darah anda tersumbat.Flavonoid pula membantu
melancarkan aliran darah ke jantung anda.
3.Secawan teh ceylon ini mengandungi kira-kira 150 mg flavoid.