Sunday, November 28, 2010

0 comments
perut kembung??

anda buncit??

Berbasikal boleh mengatasi perut yang kembung berkurangan sehingga 50 peratus
berbanding mereka yang tidak melakukan aktiviti ini.Fakta ini dikeluarkan
oleh AUtonomous Universiti of Barcelona di Sepanyol.

Sunday, November 14, 2010

0 comments


anda terlalu KURUS ????


1. Elak makan makanan ringan
Bagi sesetengah orang, makanan ringan dikatakan
mampu menambahkan berat badan. Namun hakikatnya
ia hanya akan menambah lemak tidak sihat
di dalam tubuh serta mampu memperlambatkan
proses metabolisme tubuh menjadikan tubuh tidak
boleh bekerja secara sihat. Akibatnya kita akan merasa
malas untuk bekerja dan untuk kes yang lebih serius,
akan ketagih dengan pelbagai jenis makanan
ringan yang tidak menyihatkan.

2. Makan karbohidrat dan protein selepas senaman
Hal ini diperlukan untuk mengantikan glycogen atau gula dalam
otot yang habis sewaktu senaman. Protein dalam jumlah
yang agak besar diperlukan oleh otot yang baru saja kita gunakan semasa senaman berat.

3. Makan makanan sebenar
Untuk mendapatkan susuk tubuh yang ideal, jangan sekali-kali
mengambil makanan tambahan untuk menggantikan makanan sebenar.
Seeloknya anda makan selepas satu jam setelah senaman.
Ini untuk mengembalikan kecergasan tubuh setelah
penat melakukan senaman. Senaman penting bukan
sahaja kepada mereka yang gemuk sebaliknya untuk mereka
yang mahu menambahkan berat badan juga. Tanggapan yang
mengatakan orang kurus tidak perlu bersenam,
tidak benar sama sekali.
4. Minum multivitamin
Ini amat penting untuk dilakukan kerana vitamin B,
membantu untuk mencerna nutrisi yang kita makan.
Sia-sia jika anda makan banyak makanan tetapi tubuh
anda tidak dapat mencernanya dengan baik.

5. Senaman berat tidak melebihi satu jam
Bagi mereka yang mahu menambahkan berat badan,
jangan lakukan senaman berat melebihi masa satu jam.
Ini kerana latihan lebih dari satu jam akan menghabiskan kalori anda.
Anda tetap memerlukan kalori untuk membina otot-otot anda.
Apa yang penting, anda lakukan senaman
ringan yang dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan badan anda.

6. Makan lebih dua kali sehari
Kebanyakan di antara mereka yang mengalami masalah badan
terlalu kurus ini mengalami masalah tiada selera
makan. Macam mana nak tambah berat badan jika
makan hanya dua kali sehari dan tiada jadual makanan
yang tetap? Untuk menambahkan berat badan, anda
perlu makan lebih banyak daripada biasa. Apa yang
penting menu yang menjadi pilihan haruslah
sihat dan berkhasiat.

source- gua.com.my

tp ade cite best..ape kate korang bukak link ni..

http://jaller.wordpress.com/2009/07/30/kamu-pikir-gemuk-itu-jelek/#comment-389

hahhaaa..msti orang2 kite yg sibuk nk kurus tu, dh xnk kurus, n yg kurus tu, lagila sibuk nk gemuk..hehe


0 comments
MASKER SENDIRI

UNTUK KULIT KERING

campurkan 10ml mdu dengan sebiji kuning telur
dan 5gm susu tepung.
Kuning telur berperanan sebagai makanan untuk kulit
mankala madu pula
membantu mengembalikan pH seimbang.
Setelah kesemua bahan-bahan ini dicampurkan
di dalam mangkuk,
sapukannya
pada seluruh wajah menggunakan sebatang berus yang leper.
Elakkan daripada menyapukannya d kawasan
berhampiran mata dan bibir.
Selepas 15 minit, bilas wajah dengan air suam .

UNTUK KULIT BERMINYAK

campurakan 10ml madu dengan putih telur,
5ml jus lemon dan 5gm serbuk penaik.
Campurkan semuanya dalam mangkuk, dan
kemudiannya sapukannya pada wajah.
Bersihkan wajah dengan air bersih
selepas 15 hingga 20 minit.
Madu akan membantu mengembalikan kandungan
pH seimbang, manakala jus lemon
pula akan mengerigkan kulit dan pada masa yang
sama akan merapatkan liang2 roma.
Putih telur pula akan membantu menyerap lebihan
minyak dan bertindak sebagai pembersih


Thursday, November 11, 2010

0 comments


JENIS JENIS MANDI...



MANDI DI PANCURAN

untuk membersihkan kulit dan tubuh serta memberikan kesegaran.
tekanan air yang keluar daripada pancuran akan
menyegarkan otot-otot seolah olah tubuh

sedang diurut. Umumnya dilakukan seawal pagi sebelum memulakan
aktiviti seharian.


MANDI BERENDAM

membersihkan tubuh dan kulit tetapi lebih untuk
merehatkan diri disamping menghilangkan kepenatan.
kebiasaanya mandi jenis ini dilakukan pada waktu lewat petang.
Ketika ini tubuh sedang kepenatan
kerana melakukan aktiviti seharian


MANDI DENGAN GARAM ATAU BALT SALT

garam mandi adalah sejenis garam yang diproses dengan pewarna,pewangi serta berpelembap.kesemua
bahan bahan ini dilarutkan ke dalam air untuk berendam.
manfaat garam mandi adalah untuk menghilangkan

racun daripada tubuh disamping melembutkan kulit

MANDI LULUR

butiran skrub pada lulur ketika digosokkn akan membantu
menghilangkan sel sel kulit mati dan
digantikan pula dengan sel sel baru.lulr tradisional umumnya diperbuat
daripada bahan

yang agak keras, contohnya beras dan kopi.bagi mereka
yang mempunyai kulit sensitif,

dinasihatkan menggnakan lulur daripada bahan
sintesis kerana butiranya lebh lembut.


MANDI AIR SUAM

membuatkan tubuh lebih terasa tenang serta dapat membuka pori-pori kulit
untuk sementara sehingga memudahkan proses penyerapan mahupun pengeluaran pada bahagian kulit.
sekiranya anda ingin menggunakan perapi atau krim kulit ,
sebaiknya mandilah dengan air suam terlebih dahulu supaya krim lebih mudah dan cepat menyerap.

MANDI AIR SEJUK

menjadikan tubuh lebih segar dan nyaman

MANDI SUSU

susu mengandungi bahan laktik yang bermanfaat untuk
menghilangkan sel sel kulit mati.

mandi susu yang dilakukan secara teratur akan menjadikan
kulit lebih cerah dan lembut.

caranya adalah dengan mencampurkan susu asli
kedalam air mandian.



MANDIAN AROMATERAPI

menggunakan bahan bahan seperti rempah ratus tradisional.
di samping itu, ia juga meningkatkan
sistem peredaran darah,
merehatkan otot-otot tubuh yang mengalami
ketegangan serta meredakan
tekanan. ia sama seperti mandian herba yang
menggunakan minyak ekstrak minyak bunga melati,ylang ylang,cendana,
limau ,buah pala,daun pudina,daun sirih dan sebgainya.

caranya adalah dengan meletakkan beberapa titis minyak
ekstrak tumbuh tumbuhan ke dalam air rendaman.

untuk mendapatan hasil yang maksimum,
tuangkan setengah botol minyak ekstrak
tumbuhan ke dalam 20 lter air.

kemudian biarkan untuk beberapa saat supaya
minyak tersebut bercampur rata dengan air.

seterusnya berendamlah selama sekurang kurangya 20 minit.

Wednesday, November 10, 2010

Rambut Cantiq

0 comments

Tahukah anda..


Meminum segelas susu da menyapu minyak zaitun pada rambut
sebeum masuk tidur mampu menguatan akar rambut and.Elakkan menyapu
minyak zaitun terlalu kerap, bimbang rambut akan bermnyak

Menyapu kulit kelapa atau serum rambut boleh mempercepatkan proses pemanjangan rambut



Sekiranya anda mewarnakan rambut, elakkan
menyapu perapi rambut.gunakan syampu khas untk rambut berwarna

Menyapu santan pada rambut, boleh melebatkan rambut

Masker rambut amat penting untuk melindungi rambut darppada putus dan
gugur.Anda boleh menggunakan mayonis untuk menggantikan masker rambut sebenar

Campuran minyak zaitun , jus lemon dan bunga raya dapat membuatkan rambut lebih sihat dan bersinar.
Sapukan pada rambut dan dibilas dengan air bersih seperti biasa.

Inai yang disapu pada rambut dapat mengelakkan rambut daripada menjadi keras.

Tuesday, November 9, 2010

Bekam

0 comments
Kurangkan sakit badan

Bekam merupakan satu warisan perubatan islam yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W..

Ia merupakan satu istilah Melayu beerti pelepasan angin dalam badan atau
pelepasan darah kotor dari badan..

Dalam bahasa arab, Bekam dikenali sebagai "Al-hijamah", bermaksud satu kaedah pembersihan
darah atau angin dengan mengeluarkan sisa toksik dalam badan melalui kulit secara sedutan
dengan berbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh, gelas atau yang paling
moden dengan menggunakan alat vakum moden yang
bersih dan suci daripada hama.

Kebaikan kaedah bekam

- sihat badan
- Menghilangkan keletihan dan penat badan
- Mengimbangi daya tahan badan
- Membuang angin di kepala
- Membuang toksik darah

Monday, November 8, 2010

Homeopati

0 comments
Homeopati

Keistimewaanya.....

Homeo - bermaksud persamaan.
Pati - adalah rawatan.

Homeopati beerti rawatan yang berasaskan persamaan atau ringkasannya "keserasian"..

Ia merupakan sat perubatan yang lengkap, diasaskan oleh Profesor Samuel Hahnemann dari Germany.
pada tahun 1810 dan berpandukan prinsip penyembuhan semulajadi atau natural way of healing.

Penyakit yang boleh diubati melalui Homeopati

-gout
-sakit urat saraf
-sakit gastrik atau migrain
-resdung
-kencing tidak lawas
-masalah prostat
-sakit buah pinggang
-kencing manis
-darah tinggi
-batu karang dan lain-lain lagi.

Sunday, November 7, 2010

Kolam Air Panas

0 comments
..waaaahh..lamenya x update..

new info..pasal kolam air panas..

Best ke mandi kolam air Panas??

Tauhukah anda fungsi dan kebaikan kolam air panas??

Jom kita kaji...

Bantu pulihkan otot dan sendi Kaku

Hidroterapi merupakan salah satu altenatif yang baik untuk kesihatan
khususnya otot dan sendi.Air adalah medium terpenting.

Selain kecederaan, penyakit reumatik dan gangguan saraf mampu dipulihkan melalui kaedah hidroterapi ini.

Air panas digunakan sebagai terapi untuk melancarkan darah.Terutama untuk penyakit strok.

TUJUAN UTAMA PENGGUNAAN AIR DALAM TEKNIK HIDRIOTERAPI

1 . KESAN HIDROSTATIK DAN HIDRODINAMIK.SECARA SEMULAJADINYA, AIR PANAS MEMBERI KESAN FISIOLOGI
KEPADA TUBUH.KEADAAN INI MEMBANTU PEMBULUH DARAH DALAM MEMPERTINGKATKAN SISTEM PEREDARAN DARAH

2 . PEMBEBANAN DI DALAM AIR AKAN MENGUATKAN LAGI OTOT-OTOT SERTA LIGAMEN YANG MEMPENGARUHI SENDI-SENDI TUBUH

3 . lATIHAN DI DALAM AIR AKAN MEMBANTU KESAN POSITIF TERHADAP OTOT JANTUNG DAN PARU-PARU. TAMBAHAN
PULA, LATIHAN DI DALAM AIR AKAN MEMBANTU MEMPERTINGKATKAN SISTEM PERNAFASAN MENJADI LEBIH BAIK.

KESAN HIDROSTATIK DAN HIDRODINAMIK DI DALAM TERAPI INI TURUT MEMBANTU DALAM MENYOKONG BERAT BADAN
SEWAKTU LATIHAN DILAKUKAN.

AIR YANG BERSUHU 31'C AKAN MEMPENGARUHI PROSES KELUAR MASUK OKSIGEN SEHINGGA MEMBANTU MENCEGAH
KEKAKUAN OTOT DAN MENGHILANGKAN RASA SAKIT. IA TURUT MENENANGKAN JIWA DAN MEREHATKAN TUBUH SERTA MINDA.